رسول الله مڠاتاکن اد سأورڠ ڤرمڤوان توا
يڠ تيڠݢل سأورڠ
.ديري درومهڽ
ڤرمڤوان ايت ممرلوکن بنتوان درڤد سسأورڠ
باݢي مڠمبيل اءير اونتوق دمينوم دان مڠمبيل وضوء لالو بݢيندا برتاڽ: .اءيراونتوق ڤرمڤوان توا
ايت سياڤ يڠ سڠݢوڤ مڠمبيلکن
مک ابو باکر ال-صديق دان عمر ال-ختب
سݢرا مناورکن .ديري
ايسوقڽ سبلوم فجر
مڽيڠسيڠ, عمر ال-ختب ڤرݢي کرومه
ڤرمڤوان توا ايت باݢي ممنوهکن بکس تمڤاين درومه
دڠن اءير.
تتاڤي دداڤتيڽ تمڤاين ايت
سوده دڤنوهي دڠن اءير. مالم ايسوقڽ دي داتڠ لبيه اول, تيدق ماهو اورڠ لاءين
مينداهولويڽ. نامون دي براس هيران کران
تمڤاين اءير ايت سوده ڤنوه جوݢ.
ڤد مالم کتيݢ, باڠون لبيه اول. عمر
ال-ختب مڠينتاي اورڠ يڠ مڠمبيل اءير اونتوق ڤرمڤوان توا ايت.
دداڤتيڽ اورڠ ايت اداله سيدنا ابوباکر
اس-صديق.
ساي براس چمبورو کڤد ساودارا کران سنتياس مندهولوءي
کباجيقن," کات عمر ال-ختتب. ساي دالم ممبوات
Rasulullah s.a.w
mengatakan ada seorang perempuan tua yang tinggal seorang diri di rumahnya.
Perempuan itu memerlukan bantuan daripada seseorang bagi mengambil air untuk
diminum dan mengambil wudhu'. Lalu baginda s.a.w bertanya siapa yang sanggup
mengambilkan air untuk perempuan tua itu. Maka Abu Bakar As-Siddiq dan Umar
Al-Khattab segera menawarkan diri.
Esoknya sebelum fajar
menyingsing, Umar Al-Khattab pergi ke rumah perempuan tua itu bagi memenuhkan
bekas tempayan di rumah itu dengan air. Tetapi didapatinya tempayan itu sudah
dipenuhi dengan air. Malam esoknya dia datang lebih awal, tidak mahu orang lain
mendahuluinya. Namun dia berasa hairan kerana tempayan air itu sudah penuh
juga. Pada malam ketiga, Umar Al-Khattab bangun lebih awal lalu mengintai orang
yang mengambil air untuk perempuan tua itu. Didapatinya orang itu adalah
Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq.
"Saya berasa
cemburu kepada saudara kerana sentiasa mendahului saya dalam membuat
kebajikan," kata Umar Al-Khattab kepada Abu Bakar.
Isi cerita sirah ini adalah menarik, lebih menambah menarik lagi cuba tukarkan 'back ground' merah tulisan merah kepada warna yang bertentangan agar sirahnya tumbul dan jelas dapat dibaca..
ReplyDeletetq ayah..komen kat blog akak..:)
ReplyDelete:) suka blog awak ni. lagu pun bole tahan. bollywood lg. hehe
ReplyDeletelagu 2 blh tukar2..tekan je kat mne2 lagu yg awk nk dgr ble bce blog..sbb ad 2 admin blog ni..tq coz sudi jengah n komen kat blog kami..;)
Delete